Advokasi Klik Dengan Bijak Dan Taklimat Pdpa
19 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 18 September 2020, PI Kg Pdg Wahid telah menjalankan aktiviti Advokasi Klik Dengan Bijak dan Taklimat PDPA bagi pelajar tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang). Taklimat ini dihadiri seramai 10 orang peserta.
Pada hari tersebut, peserta telah diberikan taklimat mengenai topik Program Klik Dengan Bijak seperti buli siber, penyebaran maklumat palsu, berkongsi secara berlebihan, dan Online Grooming.Selain itu,info PDPA turut disampaikan agar pelajar lebih berhati-hati ketika berkongsi maklumat secara maya.
Selain daripada taklimat KDB dan PDPA, sesi taklimat juga turut diselitkan tayangan video KDB dan diakhiri dengan sesi bersoal jawab untuk setiap topik yang telah dibincangkan bagi menguji pemahaman peserta tentang program ini. Diharap semua pihak mendapat manfaat daripada program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: